suria

Kontraktor dituduh perdaya kontraktor lain serah lebih RM280, 000

KUALA TERENGGANU: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan memperdaya seorang kontraktor lain bagi menyerahkan wang berjumlah RM282,000 bagi mendapatkan sebidang tanah pembalakan di Dungun kira-kira lima tahun lepas.

Mohamad Ibrahim, 60, dituduh menipu Ghazali Sulaiman, 59, untuk mempercayai wang itu akan digunakan bagi mendapatkan satu kawasan tanah pembalakan di mukim Kuala Abang yang dikatakan milik Koperasi Angkatan Tentera.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di beberapa lokasi di sekitar Kuala Terengganu dan Dungun antara 8 Ogos 2004 hingga 31 Jan 2005.

Mohamad didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda.

Hakim Mohd Azhar Othman Othman membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM90,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 15 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Penyiasat Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Ahmad Nidzam Wan Omar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain