suria

Kerajaan belanja RM11.7 juta usir PATI tahun lepas

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM11.7 juta bagi mengusir 60,800 orang pendatang asing tanpa izin tahun lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata sejumlah RM9.8 juta pula dibelanjakan untuk menampung kos pengusiran pendatang asing tanpa izin pada 2007.

"Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM30 sehari bagi seorang banduan atau tahanan meliputi kos pengurusan harian dan kos pemulihan tetapi tidak termasuk kos perubatan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohemed pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Chor berkata berdasarkan statistik daripada Jabatan Imigresen, sebanyak 14,338 operasi penguatkuasaan telah dilancarkan di seluruh negara bagi menangkap pendatang asing tanpa izin bagi tempoh 20072008.

"Daripada operasi-operasi penguatkuasaan ini, seramai 131,979 pendatang telah berjaya ditangkap manakala seramai 125,080 pendatang diusir ke negara asal mereka," katanya.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain