suria

Kementerian Pertahanan adakan majlis perpisahan Abdullah

SELAMAT TINGGAL... Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika diarak keluar selepas menghadiri majlis perpisahan di kementerian. Perarakan itu, yang diadakan di perkarangan Kementerian Pertahanan, dihadiri kebanyakan pegawai-pegawai atasan tentera dengan lintasan hormat oleh anggota-anggota pengawal kehormat Regimen Pertama Askar Melayu Diraja.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis perpisahan yang diadakan di Kementerian Pertahanan di sini petang ini.

Abdullah, yang juga Menteri Pertahanan, memeriksa barisan kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Norhisyam Kamar dan dianggotai 103 pegawai serta anggota pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Beliau kemudiannya mengucapkan selamat tinggal kepada kira-kira 1,000 kakitangan dan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia sebelum meninggalkan kementerian itu.

Terdahulu, Abdullah mempengerusikan Majlis Angkatan Tentera buat kali terakhir.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Pagi tadi, Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Abdullah mengambil alih portfolio Menteri Pertahanan pada 17 September 2008 daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain