suria

Surirumah jumpa bayi dalam beg plastik hitam

SEREMBAN: Seorang bayi perempuan dijumpai dalam beg plastik hitam yang ditinggalkan di bawah pokok di Taman Senangin, Senawang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata bayi itu yang berusia dalam lingkungan seminggu ditemui seorang suri rumah pada kira-kira pukul 8 malam setelah mendengar tangisan bayi.

"Bayi itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk pemeriksaan dan rawatan.

Setakat ini polis tidak mendapat sebarang maklumat mengenai bayi itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata bayi itu akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Saiful Azly meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain