suria

Lelaki mati ditetak di Felda Sahabat

LAHAD DATU: Seorang lelaki dijumpai mati dengan kesan tetakan di leher di Blok 27, Felda Sahabat 56, Tungku, di sini semalam.

Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 20an itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan dilumuri lumpur di kawasan lopak pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Md Suhaimi Ab Rahman berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki itu dirompak sebelum dibunuh.

Motosikal dan dompet lelaki itu didapati hilang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.BERNAMA

Artikel Lain