Siti Aishah dibebas dari penjara Pakistan - Semasa | mStar

Siti Aishah dibebas dari penjara Pakistan

PULAU PINANG: Siti Aishah Hamid yang sebelum ini ditahan di penjara Pakistan akibat diperdaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dilaporkan telah dibebaskan dan dijangka tiba di dalam negara esok.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bayan Baru, Norman Zahalan berkata Siti Aishah, 44, dibebaskan selepas mahkamah di Pakistan mendapati beliau tidak bersalah dan diperdaya pihak tertentu.

Beliau ditahan di sebuah penjara di Pakistan pada 27 April tahun lepas.

Siti Aishah, dari Batu Maung dan menghidap penyakit tulang dijangka berlepas dari lapangan terbang di Karachi hari ini untuk pulang ke tanah air.

"Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 7 pagi esok, sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dan tiba pukul 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas," kata Norman.

Norman berkata suami Siti Aishah, Jaafar Noor sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangannya.

Siti Aishah dilaporkan terpedaya dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain