suria

Sekumpulan penunggang motorsikal menembak mati seorang lelaki

JOHOR BAHARU: Sekumpulan tujuh penunggang motosikal dilaporkan menembak mati seorang penunggang lain berhampiran sebuah restoran di Taman Perling di sini malam semalam.

Dipercayai salah seorang daripada penunggang tersebut melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa yang berumur 23 tahun itu sehingga menyebabkannya mati di tempat kejadian kira-kira 9.30 malam.

Mangsa dipercayai tinggal di Taman Nusa Bistari dan bekerja di Singapura.

"Mangsa berseorangan menunggang motosikalnya apabila ditahan sekumpulan lelaki yang menunggang tujuh buah motosikal," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan.

Beliau berkata terdapat beberapa kesan tembakan pada tubuh mangsa.

Polis percaya pembunuhan itu bukan merupakan kes samun kerana wang milik mangsa masih terdapat padanya, kata Ruslan. BERNAMA

Artikel Lain