Mayat murid dikebumi semula

KLANG: Mayat murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Sri Andalas yang digali Jumaat lepas bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Lipat Kajang di sini hari ini.

Wan Muhamad Amir Dahalan, 11, meninggal ketika menyertai perkemahan di sebuah pusat latihan di Hulu Langat dari 19 hingga 21 Mac lepas.

Pihak kem berkata mangsa meninggal dunia akibat lelah sementara pihak hospital melaporkan punca kematiannya adalah disebabkan patukan ular.

Keluarganya yang bingung dengan laporan yang bercanggah itu mahu punca sebenar kematian anaknya di kenal pasti.

Jumaat lepas pasukan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur dan polis mengeluarkan mayat Muhamad Amir yang dikebumikan pada 21 Mac lepas, setelah mendapat kebenaran mahkamah.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Gurdial Singh berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat Jabatan Kimia yang dijangka siap minggu ini.

"Laporan bedah siasat ini adalah untuk mengesahkan tiada unsur-unsur lain yang menyebabkan kematian Amir selain dipatuk ular.

"Saya menunggu arahan keluarga mangsa dan laporan bedah siasat sama ada untuk memfailkan saman terhadap pengurusan kem atau tidak," katanya. BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain