suria

Empat disyaki anggota pemisah ditembah mati di Narathiwat

BANGKOK: Empat yang disyaki anggota kumpulan pemisah ditembak mati manakala dua lagi ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di kawasan bergolak Narathiwat, di wilayah Selatan Thailand.

Seorang jurucakap tentera berkata insiden berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi apabila sekumpulan anggota polis dan tentera sedang meronda di kawasan Mosam, dalam daerah Si Sakhon, diserang hendap oleh sekumpulan penyerang.

Empat daripada anggota kumpulan itu kemudiannya terbunuh dalam pertempuran itu, dan pihak berkuasa kemudiannya menjumpai dua senjata M16, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang memeriksa identiti anggota kumpulan berkenaan dan menyiasat dari mana mereka memperolehi M16 itu.

Sehingga kini lebih 3,500 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah memulakan kembali kempen bersenjata pada awal 2004 bagi mendapatkan kemerdekaan buat wilayah yang didiami majoriti kaum Muslim di Narathiwat, Pattani dan Yala. BERNAMA

Artikel Lain