suria

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU

12:20 TENGAH HARI: Senarai calon mengikut kedudukan dalam kertas undi, R. Loganathan (menggunakan simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci),Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR), Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau), Abdul Rahim Abdul (Jam loceng), L.Sarala (Basikal),S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Moganakumar (Nuku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M.Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

12 TENGAH HARI: Seramai 15 calon sah bertanding di DUN Bukit Selambau.

SPR menerima sembilan bantahan untuk semua pencalonan tetapi kesemuanya ditolak.

11:25 PAGI : Pengumuman bagi mengesahkan jumlah calon yang bertanding masih belum dilakukan. Hal ini dipercayai kerana SPR kini sedang menentukan simbol untuk calon-calon Bebas dan kedudukan kertas undi bagi semua calon yang bertanding.

11:10 PAGI : Hanya penyokong-penyokong PKR sahaja yang sentiasa bersorak melaungkan reformasi, sementara penyokong-penyokong BN dan Bebas suasana tenang dan terkawal.

Pihak polis dan pasukan FRU yang terdiri daripada 800 anggota sentiasa berkawal untuk memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

11 PAGI : Sesi bantahan baru sahaja tamat dan proses penelitian calon sama ada layak bertanding atau tidak akan diumumkan menjelang tengah hari.

10:25 PAGI : Menurut sumber polis jumlah penyokong PKR adalah 8000 manakalan penyokong BN adalah 6000.

10:10 PAGI : Borang-borang calon sedang dipamerkan untuk sesi bantahan selama sejam bermula pada pukul 10.

9:45 PAGI : Seorang lagi calon menyerahkan borang adalah seorang ahli perniagaan, Khamis Awang.

9:35 PAGI : Calon Bebas ke-12, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.

9:25 PAGI : Calon Bebas ke-11, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 PAGI : Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.

Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.

9:00 PAGI : Rombongan Barisan Nasional (BN) berjumlah kira-kira 6,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, A.Kohilan Pillay dan Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.

9:00 PAGI : Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.

8:45 PAGI : Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.

8:40 PAGI : Calon PKR, S. Manikumar diiringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

8:40 PAGI : Calon Bebas kesembilan, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.

8:35 PAGI : Calon Bebas kelapan, Radzi Md Lazim tiba di pusat penamaan calon.

8:30 PAGI : Ketibaan calon Bebas ketujuh, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.

8:25 PAGI : Rombongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.

Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.

Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.

8:15 PAGI : Calon Bebas keenam, S.Moganakumar tiba di pusat penamaan calon.

8:10 PAGI : Calon Bebas kelima, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.

8:05 PAGI : Calon Bebas keempat, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.

7.50 PAGI : Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertanding.

Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.

Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat tinjauan di udara.

7:35 PAGI: Calon Bebas ketiga, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.

7:30 PAGI : Calon Bebas kedua, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.

7:20 PAGI : Calon Bebas pertama, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

Artikel Lain