suria

Perhimpunan khas Umno hujung tahun bincang pinda perlembagaan

EGM KHAS...Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan untuk mengadakan EGM Khas bagi meminda perlembagaan parti.Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
EGM KHAS...Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan untuk mengadakan EGM Khas bagi meminda perlembagaan parti.Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
EGM KHAS...Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan untuk mengadakan EGM Khas bagi meminda perlembagaan parti.Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

KUALA LUMPUR: Proses pemilihan bagi jawatan tertinggi Umno akan datang bakal diadakan serentak di semua 191 bahagian parti di seluruh negara bagi menjamin pemilihan yang lebih telus dan terbuka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata bagi tujuan itu, perlembagaan Umno akan dipinda pada persidangan khas yang akan diadakan pada Perhimpunan Agung 2009 yang dijangka diadakan hujung tahun ini.

"Pada masa ini kepimpinan tertinggi Umno ditentukan oleh hanya lebih kurang 2,600 ahli Umno sahaja. Ahliahli Umno yang bersidang dalam dewan ini mewakili tiga juta ahli Umno.

"Ramai berpendapat bahawa bilangan 2,600 ini tidak mungkin mencerminkan kehendak dan aspirasi tiga juta ahli Umno," katanya dalam ucapan menerima jawatan presiden baru Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Berdasarkan langkah pembaharuan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata seluruh anggota Umno di seluruh negara akan berpeluang untuk memilih pemimpin parti.

Biarlah kita benarbenar merupakan pemimpin akar umbi atas suara rakyat. Oleh itu dengan persetujuan sidang perwakilan kita akan pinda perlembagaan Umno," katanya.

Najib berkata Umno perlu sedar bahawa imej parti yang bersih dan berintegriti adalah jaminan kelangsungan Umno sebagai parti yang berdaulat.

"Selagi proses ini tercemar, selama itu orang hilang kepercayaan kepada Umno. Oleh itu (ia) bukan sahaja untuk menjamin perkara ini (kepercayaan), tetapi juga untukjaga pemimpinpemimpin kita (Umno)," katanya.

Najib berkata, selain kaedah pemilihan, sistem kuota (kelayakan untuk bertanding jawatan tertinggi parti) juga akan dikaji semula.

"Sekarang hendak jadi (bertanding) presiden Umno perlukan pencalonan daripada 58 bahagian, tak mungkin boleh dapat 58 bahagian. Untuk jadi calon Naib Presiden pula perlu 20 (pencalonan). Kalaulah kebetulan dapat 19 sahaja, melilau nak cari satu lagi (undi)...melilau.

"Kalau tak (dapat cukup pencalonan), tidak boleh bertanding. Ini boleh menimbulkan pelbagai tuduhan sama ada realiti atau persepsi. Oleh itu kita akan tentukan syarat kelayakan yang paling minimum, supaya jangan ada 'jokers' (badut) hendak bertanding," katanya.

Sehubungan itu Najib berkata, satu jawatankuasa khas pindaan perlembagaan parti akan ditubuhkan untuk mengkaji secara terperinci kaedah dan mekanisme pemilihan yang sesuai serta mengenal pasti keperluan bagi membolehkan sistem kuota dirombak.

"Kita akan adakan perbincangan dengan bahagian Umno di seluruh negara untuk mendapatkan pendapat dan cadangan. (Kemudian) Majlis Tertinggi akan merumuskan dan akan membuat cadangan (pinda Perlembagaan Umno) pada persidangan tahun ini supaya Umno menjadi parti yang lebih dihormati rakyat," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai intipati perbahasan anggota perwakilan yang kebanyakannya menekankan konsep parti menguasai kerajaan, Presiden Umno yang baru itu berpendapat konsep itu lebih lengkap jika ditambah satu lagi komponen penting iaitu 'rakyat'.

"Saya fikir kalau kita sebut parti menguasai kerajaan, ada dua komponen iaitu parti dan kerajaan, (tetapi) saya hendak masukkan satu lagi komponen iaitu rakyat, parti dan kerajaan.

"Sebab apa? sebab tidak ada gunanya ada jawatan dalam parti kalau parti tidak berkuasa. Oleh itu parti mesti tahu aspirasi dan denyutan nadi rakyat dan setelah parti tahu denyutan hati rakyat, maka parti terjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata apabila kerajaan yang dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, pada masa itu Umno akan menjadi parti yang gagah perkasa dan akan terus melangsungkan pemerintahan sebagai parti yang berkuasa.

"Insya-Allah ini ramuan terbaik bagi kita untuk kita langsungkan kuasa kita," katanya.

Najib juga menegaskan Umno tidak akan sesekali meninggalkan agenda Islam sebaliknya akan sentiasa mendaulatkannya daripada seluruh sudut iaitu rohani, ekonomi, sosial mahupun budaya hidup.

"Pada Umno sebagaimana kata-kata para sahabat, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Jadinya usaha Umno untuk mengembangkan syiar Islam tidak akan pernah kunjung padam," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain