suria

Dua doktor pakar yang hilang ditemui mati

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan dua orang doktor pakar kanak-kanak sejak empat hari lepas akhirnya terjawab apabila pasukan penyelamat menemui mayat mereka di Bukit Tabuh, Taman Melawati, Ampang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata mayat keduadua mereka dikesan oleh helikopter polis yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Mayat Dr Haliza Mohd Shafie, 53, dibawa turun dari bukit itu pada kira-kira pukul 3.30 petang manakala mayat Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yun Ming, 57, kirakira 15 minit kemudian, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Mayat mereka dibawa keluar menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Laporan bedah siasat dijangka diperoleh dalam masa dua jam lagi, kata Amiruddin. Rabu lepas, keduadua mereka dilapor hilang oleh keluarga masingmasing selepas keluar bersama menaiki sebuah kereta dari Hospital Ampang Puteri, tempat mereka bertugas.

Pada kira-kira pukul 6 pagi ini, polis menemui kereta Dr Haliza di Bukit Melati Ampang. Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat dijalankan pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain