suria

Umno disaran bubar Lembaga Disiplin

BUBAR LEMBAGA DISIPLIN UMNO... Perwakilan Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Umno membubarkan Lembaga Disiplin parti itu.
BUBAR LEMBAGA DISIPLIN UMNO... Perwakilan Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Umno membubarkan Lembaga Disiplin parti itu.
BUBAR LEMBAGA DISIPLIN UMNO... Perwakilan Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Umno membubarkan Lembaga Disiplin parti itu.

KUALA LUMPUR: Kepimpinan baru Umno diminta meminda perlembagaan parti untuk membubarkan Lembaga Disiplin yang didakwa mencetuskan suasana tidak kondusif di kalangan ahli parti.

"Bubarkan (Lembaga Disiplin) dan lantik anggota yang baru," kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dari Bahagian Mertajam, Pulau Pinang.

Kata beliau, tindakan lembaga itu dalam urusan siasatan politik wang telah menyebabkan suasana berkelahi di kalangan ahli Umno.

"Lembaga Disiplin buat keputusan ini didakwa... ini didakwa, ini tidak didakwa menyebabkan kita (orang Umno) berkelahi," kata beliau ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden semalam.

"Saya minta Presiden Umno baru pinda perlembagaan... bubarkan Lembaga Disiplin," katanya.

Dua minggu lalu, Lembaga Disiplin menjadi tumpuan banyak pihak dalam dan luar Umno sejak ia mengambil tindakan ke atas 15 orang termasuk Ketua Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Ali dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Sementara itu perwakian Umno Bukit Katil, Datuk Hasnoor Sdg. Husin mencadangkan supaya Umno mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah politik wang yang membelenggu parti itu.

Jelasnya mekanisme baru perlu dikenalpasti sama ada dengan mengkaji semula Lembaga Disiplin serta ahli jawatankuasanya.

"Memang kita bersetuju politik wang perlu ditangani, tetapi tanganinya dengan berhemah, jangan buka pekung kepada orang lain...maknanya kalau kita nak banteras politik wang, kita selesaikan sesama kita.

"Sebab itu saya mencadangkan, carilah kaedah lain untuk banteras politik wang...elok juga bubarkan (Lembaga Disiplin).

Artikel Lain