suria

Shafie cipta sejarah, antara 3 muka baru Naib Presiden

CIPTA SEJARAH TERSENDIRI, JADI WAKIL TUNGGAL NAIB PRESIDEN UMNO DARI SABAH.. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai salah seorang daripada 3 kerusi Naib Presiden. Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno.Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN

KUALA LUMPUR: Sebagaimana diramalkan sebelum ini, jawatan Naib Presiden Umno dibarisi tiga muka baru yang terdiri daripada Menteri Kabinet termasuk seorang wakil Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelajaran, Datuk seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perpaduan, Kesenian dan Warisan, Datuk seri Mohd Shafie Apdal diumumkan memenangi jawatan itu menewaskan lima calon lain.

Shafie merupakan calon tunggal dari Sabah, yang pertama dari negeri itu memenangi kerusi Naib Presiden.

Ahmad Zahid memperoleh undi tertinggi 1,592 undi, diikuti Hishammuddin dengan 1,515 undi dan Mohd Shafie dengan 1,445 undi.

Ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memainkan peranan untuk membantu memperkuatkan parti bagi memperolehi dokongan daripada rakyat keseluruhannya.

"Kita akan beri peluang kepada Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak) mengambil sedikit masa untuk memikirkan bersama-sama kita tentang agenda perubahan yang akan diterjemahkan khususnya elemen-elemen untuk memperkuatkan institusi kepresidenan, kepimpinan dan kepengikutan yang ada pada kita.

"Bagi saya, apa yang penting adalah Umno itu harus harus direlevankan dengan situasi semasa," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin menganggap kemenangan beliau sebagai peluang yang diberikan perwakilan untuk beliau terus berkhidmat kepada parti.

"Banyak kerja yang perlu kita lakukan dan Insya-Allah, dengan tempat yang diberi, kita akan bekerja bersungguh-sungguh dengan barisan yang telah pun ditentukan bagi memastikan Umno terus relevan dan diterima oleh masyarakat.

"Walaupun cabaran di hadapan berat untuk dipikul tetapi dengan pasukan yang dipilih hari ini, saya yakin kita boleh lakukan," katanya.

Ditanya sama ada beliau gentar memikul jawatan Naib Presiden daripada jawatan Ketua Pemuda sebelum ini, Hishammuddin berkata, sememangnya ia merupakan satu lanskap dan dimensi baru baginya namun beliau yakin akan terus diberikan sokongan.

Shafie pula menyifatkan kemenanganya sebagai satu pengiktirafan daripada perwakilan seluruh negara.

"Saya amat menghargainya dan saya tahu bagi jawatan ini, sesiapapun boleh menang kerana calon-calonnya terdiri daripada tokoh-tokoh yang berkebolehan dan berkeupayaan," katanya.

Beliau berkata, kemenangannya itu akan memberi peluang kepada Umno untuk memperkuatkan sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno.

Artikel Lain