suria

Razali akan beri sokongan padu kepada Khairy

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno yang baru Datuk Razali Ibrahim berkata tugas pertamanya adalah memberi sokongan padu kepada Ketua Pemuda Umno yang baru Khairy Jamaluddin.

"Sebagai orang nombor dua, tugas pertama saya adalah untuk mentaati ketua selagi beliau (Khairy Jamaluddin) menjalankan tugas-tugas parti dengan baik.

"Yang tidak betul akan saya suarakan, tetapi saya akan berikan sokongan selagi ia membawa kebaikan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan jawatan Pergerakan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Menurut Razali, kemenangannya itu adalah hasil kerja keras dan kesabaran daripada pelbagai pihak termasuk keluarganya yang menyokong perjuangan beliau selama ini.

Razali, 38, yang juga merupakan anggota Parlimen Muar, memperoleh 417 undi di dalam pemilihan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno menewaskan Datuk Reezal Marican Naina Marican. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain