suria

Proses pengundian Umno bermula

KUALA LUMPUR: Proses pengundian untuk memilih pucuk pimpinan Umno bermula pada kirakira pukul 12.45 tengah hari di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Seramai 2,519 perwakilan mengundi hari ini untuk memilih Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, 25 Anggota Majlis Tertinggi dan Pengerusi Tetap Umno.

Jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan di antara Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Jawatan Naib Presiden ditandingi lapan calon. Mereka adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Seramai 49 calon pula bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi.

Bagi jawatan pengerusi tetap pula, ia melibatkan pertandingan antara Tan Sri Onn Ismail dan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain