suria

Pak Lah: Umno perlukan reformasi kaedah pilih pemimpin

KAEDAH PILIH PEMIMPIN HARUS DIUBAH.. Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sistem kuota dalam parti itu dilihat semula. Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN.
KAEDAH PILIH PEMIMPIN HARUS DIUBAH.. Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sistem kuota dalam parti itu dilihat semula. Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN.
KAEDAH PILIH PEMIMPIN HARUS DIUBAH.. Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sistem kuota dalam parti itu dilihat semula. Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN.

KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan Umno menekankan keperluan mengubah kaedah pemilihan parti dengan mengehadkan tempoh memegang jawatan selain memberikan kuasa meluas kepada ahli-ahli akar umbi memilih peringkat pusat.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengetengahkan saranan itu berkata, langkah tersebut perlu bagi mengatasi masalah politik wang ketika pemilihan yang hangat diperkatakan saban tahun.

Amalan politik wang hangat diperkatakan pada 2004 dan kali ini, termasuk membawa kepada tindakan disiplin ke atas calon-calon bertanding.

Pada 2004, calon yang menang dikenakan tindakan dipecat manakala kali ini beberapa calon dilarang daripada bertanding termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menyaingi kerusi Timbalan Presiden.

Kata beliau, mungkin telah tiba masanya untuk Umno diperkukuhkan dengan memperkenalkan peraturan dan tata cara yang membolehkan parti diurus tadbir dengan cara yang lebih berdisiplin dan terkawal.

"Mungkin parti memerlukan mekanisme yang lebih memberi kesaksamaan kepada ahli dan menggugurkan amalan-amalan yang tidak memberikan keadilan kepada majoriti ahli terutama di kalangan mereka yang tidak mempunyai jawatan dan tidak mempunyai kekayaan material.

"Mungkin masanya telah sampai untuk Umno juga meletakkan syarat tempoh maksimum memegang jawatan di dalam parti.

"Mungkin Umno juga wajar memberikan hak memilih ketua terutama bagi jawatan-jawatan utama di dalam parti kepada semua ahli untuk mengatasi amalan politik wang," kata beliau beliau dalam ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Pandangan yang serupa turut diketengahkan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan secara serentak ketiga-tiga sayap Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kelmarin.

Dalam ucapannya, Najib melontarkan idea dimansuhkan sistem kuota yang diamalkan Umno sejak selepas pemilihan 1986.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain