Mukhriz akur dengan keputusan Pemuda - Semasa | mStar

Mukhriz akur dengan keputusan Pemuda

KUALA LUMPUR: Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang kecundang dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno hari ini berkata, beliau menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka.

"Dalam manamana pertandingan sudah tentu ada yang kalah terutama sekali bila pertandingan tiga penjuru, dua tetap akan kalah.

"Pada hari ini saya seorang daripada yang kalah. Ini bukan kali pertama saya kalah... di Kubang Pasu (Kedah) pada 2004 saya pernah kalah dalam pertandingan (ketua Pemuda bahagian)," katanya kepada pemberita sejurus selepas keputusan pemilihan Pemuda Umno diumumkan di sini malam tadi.

Khairy Jamaluddin memenangi pertandingan tiga penjuru itu dengan meraih 304 undi mengalahkan Mukhriz yang memperolehi 232 undi, dan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang memperolehi 254 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Khairy, Mukhriz berkata beliau mengambil iktibar daripada pengalaman bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

"Saya harap pergerakan (Pemuda Umno) akan kukuh memperjuangkan institusi Umno dan tidak lari dari landasan utama menegakkan syiar Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan memajukan negara," katanya.

Mukhriz berkata beliau akan meneruskan perjuangannya dalam parti memandangkan menurutnya beliau: "masih anggota yang setia kepada parti".

"Saya masih merasakan yang saya mungkin ada beberapa sumbangan kecil untuk parti dan saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain