suria

Mohd Gasing Exco keempat Pemuda Umno bukan Nazim

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno memaklumkan Mohd Gasing Saling adalah Exco keempat dalam barisan Exco Pemuda Umno dan bukannya seperti yang dilaporkan media hari ini.

"Dimaklumkan bahawa saudara Mohd Gasing Saling adalah Exco keempat (Pemuda Umno) dan bukannya saudara Mohammad Nazim Abd Samad seperti dilaporkan akhbar hari ini," kata Setiausaha Kerja pergerakan itu, Shahrul Zaman Yahya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahrul Zaman berkata Mohd Gasing memperoleh 534 undi dalam pemilihan sayap berkenaan semalam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain