suria

Mayat lelaki ditemui di pantai Teluk Bahang

PULAU PINANG: Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan luka di kepala dan badannya berhampiran pantai Teluk Bahang di sini awal pagi ini.

Mangsa yang berumur 53 tahun yang berpakaian lengkap ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu kirakira 3.15 pagi.

Polis percaya mangsa yang berasal dari Seberang Perai itu telah dibunuh.

"Mayat yang dilitupi pasir pantai itu ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Wan Abdullah Tunku Said.

Beliau berkata polis menyifatkan kematian mangsa sebafai mempunyai unsur jenayah. Orang ramai diminta menghubungi polis jika mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain