suria

Ketua Puteri mahu satukan ahli-ahli parti

KUALA LUMPUR: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menang jawatan Ketua Puteri Umno dengan menewaskan lima calon lain menyifatkan kemenangannya malam tadi akan memberi beliau lebih semangat untuk bekerja keras bagi memastikan Puteri terus maju.

"Perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah untuk mengembalikan barisan Puteri yang mantap dan ahli-ahli Puteri disatukan kembali kerana pemilihan sememangnya memberikan impaknya yang tersendiri.

"Kita tidak mahu perpecahan berlaku dalam Puteri yang akan mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu kerana Puteri kini perlu bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar," kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan pemenang jawatan tersebut.

Berhubung jumlah undi yang dilihat sedikit yang diterima beliau bagi jawatan itu, Rosnah yang juga Naib Ketua Puteri berkata, ia kemungkinan disebabkan jawatan tersebut ditandingi enam calon.

"Sudah tentu... kerana kita ramai yang bertanding. Bagaimanapun biar margin itu kecil atau besar, apa yang penting keputusan itu dilakukan perwakilan dan kita harus menghormatinya," katanya.

Ahli Parlimen Papar itu memperoleh 245 undi menewaskan Datuk shahaniza Shamsuddin, Datin Ismalina Ismail, Bibi Shaliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain