Abdullah dijangka umum tarikh serah Najib jawatan PM - Semasa | mStar

Abdullah dijangka umum tarikh serah Najib jawatan PM

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno yang dilihat bakal mencatatkan sejarah baru bermula di PWTC sebentar tadi.

Seperti biasa perhimpunan bermula sesi menaikkan bendera pada puku 8.30 pagi.

Ia akan disusuli dengan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - yang terakhir sejak beliau menerajui parti ini.

Perhimpunan tahunan ini menyaksikan pemilihan peringkat pusat.

Ini kali pertama perhimpunan diadakan selepas pilihan raya umum ke-12.

Keputusan dijangka diketahui lewat malam.

Oleh kerana ini merupakan perhimpunan terakhir selaku presiden Umno, ramai menunggu pengumuman Abdullah tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri.

Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah memenangi jawatan Presiden Umno.

Semalam, pemilihan bagi ketiga-tiga sayap parti berlangsung serentak.

Bagi jawatan Ketua Wanita, ia dimenangi oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menewaskan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz.

Sayap Pemuda pula menyaksikan kejutan berlaku apabila, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan ketua pergerakan tersebut.

Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sementara bagi sayap Puteri, ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dipilih sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.

Dengan mendapat undi sebanyak 245 undi daripada 779 perwakilan, Rosnah yang melepaskan jawatan sebagai Naib Ketua, mengenepikan saingan lima calon lain

Mereka adalah Datin Ismalina Ismail (59 undi), Shahaniza Shamsuddin (239 undi), Ida Rahayu Md Noor (146 undi), Saarah Ali Bashah (3 undi)dan Bibi Sharliza Mohd Khalid (86 undi).

Seramai 4,885 orang perwakilan iaitu 2,509 perwakilan pada perhimpunan agung, Wanita (796), Pemuda (791) dan Puteri (789) menyertai perhimpunan kali ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain