suria

Rafidah: Perbelanjaan berhemat wanita membantu semasa krisi ekonomi

KUALA LUMPUR: Kaum wanita digesa mengamalkan perbelanjaan berhemat bermula daripada unit keluarga masing-masing bagi memastikan kestabilan kewangan keluarga semasa krisis ekonomi global sekarang, kata Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz hari ini.

"Pergerakan Wanita Umno sendiri wajar membantu melengkapkan usahausaha kerajaan menangani kesankesan krisis ekonomi global, dan dapat membantu berbuat demikian bermula daripada unit keluarga masing-masing," katanya di dalam ucapan dasarnya pada persidangan perwakilan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau turut menyarankan anakanak muda dibimbing supaya tidak memilih pekerjaan dan sanggup menimba pengalaman dalam apa juga pekerjaan yang halal, pada masa sukar mendapat pekerjaan ini.

Katanya, anakanak muda di Malaysia sudah dikenalpasti enggan bekerja dalam sektorsektor atau pekerjaan yang membosankan, kotor dan berbahaya.

"Keadaan ini seakanakan dalam tahun 1970an di mana masyarakat Malaysia, terutama Melayu, memandang rendah terhadap pekerja kilang elektrik dan elektronik.

Mereka yang bekerja di kilang-kilang tersebut akan diberi gelaran cemuhan 'Mat Spanar' dan 'Minah Karan'," katanya.

Bagaimanapun, Rafidah berkata sejarah ekonomi negara membuktikan anakanak muda ini berjaya membangunkan landasan yang kukuh untuk kerajaan melaksanakan seterusnya Dasar Perindustrian Negara.

Sementara itu, beliau berharap pakejpakej rangsangan yang disediakan kerajaan akan dimanfaatkan oleh kumpulankumpulan sasar yang ditentukan pada masa krisis kewangan ini, serta mengingatkan para perwakilan agar menjadi saluran komunikasi untuk memberi penerangan kepada anggotaanggota parti dan masyarakat mengenai pakejpakej itu.

"Ini supaya mereka bukan sahaja dapat menyokong usahausaha kerajaan merangsangkan ekonomi, tetapi juga memastikan mereka memahami di mana mereka sendiri boleh memanfaatkannya," kata beliau.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional mempunyai pengalaman menghadapi dan menangani dengan jayanya, beberapa krisis ekonomi di masa lalu.

"Pengalaman tersebut membolehkan kerajaan pada kali ini mengadakan langkahlangkah yang sewajarnya untuk memastikan rakyat dilindungi dan dihindari daripada kesankesan negatif krisis ekonomi global itu," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain