suria

MT ucap tahniah kepada Shahrizat

KUALA LUMPUR:Majlis Tertinggi (MT) Umno mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memenangi jawatan Ketua Wanita dalam pemilihan pergerakan itu hari ini.

Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata MT berharap Shahrizat akan memberikan kepimpinan yang terbaik untuk pergerakan itu agar ia dapat membantu mengukuhkan parti.

"(Kita juga berharap beliau) dapat memberi kerjasama dengan sayap-sayap yang lain di samping memberi sokongan yang kukuh kepada Presiden dan barisan kepimpinan parti," kata Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini.

Pada pemilihan Wanita Umno hari ini, Shahrizat menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Aziz dengan majoriti 227 undi.

Shahrizat menerima 507 undi berbanding 280 undi yang diterima Rafidah. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain