suria

Motif dua lelaki jual buku politik disiasat

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat latar belakang dua lelaki yang ditahan kerana menjual buku politik menyalahi undang-undang di Perhimpunan Agung Umno semalam bagi mengenal pasti motif mereka.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mat berkata polis juga akan meneliti kandungan bukubuku tersebut sebelum sebarang tindakan diambil.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa siasatan awal polis mendapati buku tersebut menyalahi undang-undang kerana tidak mempunyai nama dan alamat penerbit.

Abu Samah juga berkata polis belum mengambil keterangan daripada penulis dan pengedar buku bertajuk 'Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin' ekoran laporan yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pada Ahad lepas.

"Polis akan memanggil individu terbabit dalam tempoh yang terdekat," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain