Mayat ditemui dibungkus dengan tikar di Pokok Sena - Semasa | mStar

Mayat ditemui dibungkus dengan tikar di Pokok Sena

ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki yang berbungkus dengan dengan tikar ditemui di tepi jalan di KM 22, di Kampung Kedondong, Pokok Sena hari ini.

Mayat itu ditemui kirakira 8 pagi oleh seorang lelaki yang terlihat kepala manusia dari gulung tikar itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, DSP Feisal Libertus Abdullah.

Lelaki itu kemudiannya menghubungi polis, katanya.

"Mangsa rakyat tempatan itu berusia lingkungan 30an, memakai seluar jeans dan jaket, dibungkus dengan selimut dan tikar yang diikat dengan tali serta ditutup dengan plastik," kata beliau.

Feisal Libertus berkata polis tidak menemui luka lain kecuali kesan lebam di belakang kepala mangsa.

Katanya polis masih menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Sultanah Bahiyah dan percaya mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MB Selangor saman Pengerusi Gerak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain