suria

Tiga lelaki dicari untuk bantu siasatan kes bunuh dua pemandu lori

IPOH: Polis ingin menghubungi tiga lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pergaduhan dua kumpulan sehingga menyebabkan dua lelaki terbunuh dan tiga yang lain cedera parah di Taman Rathna, Teluk Intan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata ketiga-tiga mereka ialah Thanabalan a/l Balan, 28, dari Taman Impiana Adril, Menglembu, Ipoh, Devandaran a/l Rajendran, 25, dari Taman Desa Bakti, Teluk Intan, dan Chandran a/l Raman, dari Batu 3 1/2 Jalan Changkat Jong, Teluk Intan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu diminta menghubungi Ketua Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, DSP Zulkifli Taha di talian 056222222 atau 056221222.

Goh berkata sehingga kini polis telah menahan 14 orang yang disyaki terlibat dalam pergaduhan itu yang telah menyebabkan kematian pemandu lori N. Nesan, 20, dari Taman Malaysia, Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan dan M. Nagappan, 28, juga pemandu lori, dari Batu 7, Jalan Changkat Jong, dekat sini. BERNAMA

Artikel Lain