Rasuah kuari: SPRM dijangka siasat Fairus - Semasa | mStar

Rasuah kuari: SPRM dijangka siasat Fairus

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin dijangka akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan berkaitan syarikat kuari di Pulau Pinang.

Sumber mengatakan bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh kes rasuah yang mengaitkan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang salah seorang daripadanya dikatakan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.

Katanyanya lagi keterangan Fairus perlu direkodkan sebelum beliau pergi jauh, kerana beliau dipercayai mampu membantu siasatan ini.

Sabtu lalu, Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dengan alasan mahu menyambung pelajaran.

Beliau juga menafikan terlibat sebagai mangsa konspirasi politik PKR.

Tambah sumber itu lagi, SPRM juga dijangka akan memanggil beberapa orang saksi yang mendakwa mempunyai bukti dan dokumen yang berkaitan bagi kes berkenaan.

Pada 27 Februari lalu, Ketua Pemuda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmad mendedahkan penyelewengan dua pemimpin PKR negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akuan peribadi mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain