suria

Mayat penolong pengurus kilang ditemui lemas

KUANTAN: Seorang penolong pengurus kilang yang dilapor hilang sejak tiga hari lepas ditemui mati lemas di Sungai Lubuk Selat di Sungai Lembing dekat sini, hari ini.

Mayat Mohamad Isa, 43, yang bertugas di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini ditemui tersangkut pada sebatang kayu di dasar sungai berkenaan oleh anggota Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin pada kirakira pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata Mohamad dilapor ke sungai itu untuk memancing secara bersendirian dengan menaiki sebuah kereta pada Sabtu lepas.

Mayat Mohamad dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya yang berasal dari Johor. BERNAMA

Artikel Lain