suria

Sejarah dalam Umno, Ali Rustam dilucut hak bertanding

DILUCUT HAK... Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melambai ke arah penyokongnya pada majlis suai kenal calon pemlihan pusat Umno di Ipoh petang tadi. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI PROTES... Beberapa penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melaungkan "Hidup Ali Rustam" sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinannya ketika menunggu keputusan Lembaga Disiplin Umno berhubung dakwaan melakukan politik wang di luar lobi Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Ali bagaimanapun didapati bersalah melanggar tataetika ahli parti melibatkan politik wang dan beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Agung Umno bulan ini. - fotoBERNAMA
DILUCUT HAK...  Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melambai ke arah penyokongnya pada majlis suai kenal calon pemlihan pusat Umno di Ipoh petang tadi. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

	
PROTES... Beberapa penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melaungkan
DILUCUT HAK... Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melambai ke arah penyokongnya pada majlis suai kenal calon pemlihan pusat Umno di Ipoh petang tadi. - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI PROTES... Beberapa penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam melaungkan "Hidup Ali Rustam" sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinannya ketika menunggu keputusan Lembaga Disiplin Umno berhubung dakwaan melakukan politik wang di luar lobi Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Ali bagaimanapun didapati bersalah melanggar tataetika ahli parti melibatkan politik wang dan beliau dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Agung Umno bulan ini. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno - pemimpin yang pertama dalam sejarah parti itu dikenakan tindakan sedemikian - akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Ali, calon kedua terbanyak menerima pencalonan iaitu 48 setakat November lalu, hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan Umno, tetapi kekal Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui pada majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di Ipoh petang tadi enggan memberikan ulasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Mohd. Ali yang merupakan salah seorang Naib Presiden Umno bertanding buat julung kali merebut jawatan Timbalan Presiden.

Beliau dipilih sebagai Naib Presiden buat kali pertama pada 2004 dan menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999.

Pagi tadi Mohd. Ali menemui Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka, Bukit Beruang.

Ali Rustam lucut kelayakan tanding Timbalan Presiden SIAPA MOHD ALI RUSTAM Muhyiddin: Terima keputusan Lembaga Disiplin dengan tenang

Ali Rustam berkata, beliau masih belum menerima keputusan rasmi daripada Lembaga Disiplin yang diumumkan pukul 4.15 petang tadi.

Justeru katanya, beliau perlu meneliti keputusan berkenaan terlebih dahulu dan hanya akan membuat kenyataan penuh esok.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau percaya Mohd. Ali, sebagai seorang anggota parti yang setia, akan menerima keputusan Lembaga Displin dengan hati terbuka dan akan terus memberi sumbangan pada perjuangan parti.

"Ini keputusan Lembaga Displin. Kita hormati apa-apa keputusan mereka.

"Saya percaya (Mohd) Ali Rustam sebagai seorang ahli parti yang setia pada Umno akan juga menerima dengan hati terbuka (keputusan) dan akan terus memberi sumbangan pada pentadbiran dan perjuangan parti," katanya selepas merasmikan persidangan Agenda Antarabangsa: Penilaian Dan Halatuju di Institut Integriti Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin yang melucutkan kelayakan bertanding Mohd Ali bagi jawatan Timbalan Presiden Umno kerana didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Dengan keputusan itu, persaingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang sebelum ini melibatkan tiga penjuru kini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Mengulas lanjut, Najib berkata, apa juga keputusan Lembaga Displin harus dihormati kerana lembaga itu membuat kerja dengan tujuan memelihara nama baik parti.

Menurutnya, Lembaga Disiplin adalah sebuah badan yang bebas dalam membuat keputusannya.

"Jadi kita tidak campur tangan dalam urusan Lembaga Displin. Ia boleh buat apa saja keputusan yang difikirkan patut untuk menjaga nama baiknya," kata Najib.

Najib ketika ditanya mengenai isu moral dalam hal ini berkata: "Kita kena tengok daripada 'keadaan'.

"Kadang-kadang yang membawa masalah kepada kita bukan kita tetapi para penyokong-penyokong dan pembantu kita.

"Kadang-kadang pembantu kita terlalu ghairah...itupun yang menyebabkan kita disabitkan dengan bermacam tuduhan," katanya.

Najib juga ditanya mengapa hukuman yang diberikan kepada Mohd. Ali berlainan daripada yang dikenakan terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dahulu dan menjawab: "Itu Lembaga Displin (yang buat keputusan). Strukturnya mungkin ada sedikit berbeza."

Berhubung kemungkinan ada penyokong Mohd. Ali yang akan kecewa dan mengambil tindakan memprotes, Najib berkata, "saya fikir, bak kata pepatah... anda tidak boleh mendapatkan kek dan makan seperti yang anda mahu. Anda perlu buat keputusan."

"Kita mahu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih... kita sedar ada risiko bersama dengannya (dalam usaha memastikan Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih).

"Tetapi risiko yang besar adalah jika Umno ditolak oleh rakyat.

"Kita tidak boleh biarkan itu berlaku, semua orang mesti berkorban demi kepentingan parti," katanya.

Artikel Lain