suria

Polis cari empat lelaki berhubung kes bunuh

KUALA LUMPUR:Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh empat lelaki lain di Jalan Miri, Taman Beringin, Jinjang Utara bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua lelaki yang dikehendaki polis itu dipercayai terlibat dalam kes bunuh tersebut.

Mereka ialah Chan Swee Chuan, 28, alamat terakhir di No. 74, Jinjang Utara Tambahan; Soh Keng Seng, 27, di 164, Nanyang Estate, Jinjang Utara; Yap Wan Lim atau Magnum, 23, di No. 33734, Jalan Timur, Jinjang Utara; dan Lee Soon Meng atau Ah Tee, 33, di 145i Jalan Besar, Jinjang Utara.

"Motif kejadian ini adalah melibatkan perselisihan faham di antara dua kumpulan samseng.

"Dipercayai kumpulan ini cuba menunjukkan pengaruh masingmasing dalam kegiatan pemerasan dan pengedaran dadah di sekitar kawasan Jinjang dan Taman Beringin, Jinjang, Kuala Lumpur," katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Krisis dan Bencana Polis Bantuan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-4708946 atau manamana balai polis berdekatan.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, 9 Februari lepas, empat lelaki berumur lingkungan 21 hingga 36 tahun terbunuh apabila ditembak oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan dua pucuk pistol jenis revolver. BERNAMA

Artikel Lain