Mukhriz: "Khairy bersalah bukan kelebihan untuk saya" - Semasa | mStar

Mukhriz: "Khairy bersalah bukan kelebihan untuk saya"

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, keputusan Lembaga Disiplin semalam yang mendapati seorang lagi calon jawatan itu, Khairy Jamaluddin bersalah kerana terlibat dalam politik wang, tidak memberi sebarang kelebihan kepadanya.

Jelasnya pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda tetap sama dengan saingan tiga penjuru dan keputusan lembaga itu bukan kelebihan kepadanya untuk menang.

"Oh tidak... saya tidak fikir ia satu kelebihan dalam kita bertanding kerana dalam mana-mana pertandingan pun bialah ada yang bertanding.

"Kita buat seperti biasa sahaja, untuk meyakinkan pemuda atas apa yang kita bawa dalam pergerakan ini.

"Bagi saya tidak ada perubahan kerana kita (pertandingan) masih tida penjuru, jadi tiada perubahan dalam hal itu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan politik wang dan diberikan amaran.

Beliau masih layak untuk bertanding dalam pemilihan Umno minggu depan.

Seorang lagi calon yang bertanding merebut jawatan itu serta disiasat ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Bagaimanapun Mohamad Khir yang disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan politik wang.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, beliau tidak mempunyai sebarang pendirian berhubung perkara itu dan merasakan keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin semalam telah menjadi satu perkara yang diterima semua pihak.

Katanya, beliau percaya perwakilan sudah cukup matang untuk membuat keputusan dan penilaian kepada calon sejak daripada dulu lagi.

"Bagaimanapun, kita tidak pasti perkembangan terkini ada memberi kesan atau tidak tetapi walau apa pun, keputusan itu terletak di tangan perwakilan yang saya harap ia dapat mencerminkan kehendak akar umbi," katanya.

Berhubung tindakan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut dikenakan tindakan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana didapati bersalah di bawah Perkara yang sama, Mukhriz berkata, beliau bersimpati terhadap nasib yang menimpa Mohd Ali.

"Beliau seorang tokoh yang banyak berjasa kepada parti dan kita terpaksa akur keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin.

"Saya berharap dan yakin beliau akan terus berjuang dengan kita," katanya.

Ditanya sama ada akan ada lagi ahli Umno yang akan dikenakan tindakan menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, Mukhriz berkata, beliau tidak tahu tentang perkara itu tetapi tidak menolak kemungkinan itu.

Beliau juga percaya, Lembaga Disiplin menjalankan tugas dengan bebas tanpa dipengaruhui mana-mana pihak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini