Lembaga Disiplin tentukan nasib calon Umno petang ini - Semasa | mStar

Lembaga Disiplin tentukan nasib calon Umno petang ini

PETALING JAYA: Nasib lebih 20 calon yang bertanding jawatan utama dijangka diketahui nasib mereka - berhubung kes politik wang petang ini.

Lembaga Disiplin Umno dijadual mengadakan sidang media khas 4 petang.

Menurut sumber, badan itu dipercayai mengumumkan hasil siasatannya melibatkan pemimpin-pemimpin terbabit.

"Kemungkinan sidang media esok (hari ini) bertujuan untuk umumkan mengenai politik wang," kata sumber bekenaan.

Dalam pada itu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan pihaknya menahan beberapa individu yang dipercayai penyokong dua pemimpin Umno yang layak bertanding dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Sebaliknya beliau menegaskan SPRM tidak membuat sebarang tangkapan terbaru berhubung politik wang dalam Umno.

"Tak ada, tak ada apa-apa tangkapan,' katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan 11 orang penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan tujuh penyokong Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan oleh SPRM.

Kedua-dua mereka masing-masing bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda.

Ahmad bagaimanapun menyifatkan khabar agin tersebut sengaja disebarkan terutamanya menjelang pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac.

"Dah namapun khabar angin, jadi ia memang khabar anginlah.

"Memang banyak khabar angin begini disebarkan terutamanya bila pemilihan (Umno) dah dekat," katanya.

Ditanya sama ada Lembaga Disiplin Umno ada berhubung atau membuat laporan berhubung politik wang kepada pihaknya, beliau enggan mengulas lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MB jumpa Elizabeth hujung minggu ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain