SPRM siasat dua pemimpin PKR Pulau Pinang - Semasa | mStar

SPRM siasat dua pemimpin PKR Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap dua pemimpin senior Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang bagi tuduhan bekerjasama dengan beberapa individu untuk menyumbunyikan aktiviti-aktiviti haram.

Pegawai SPRM Pulau Pinang telah menyoal beberapa orang ekoran dakwaan yang dibuat oleh ahli Angkatan Muda Keadilan Pusat, Amizudin Amat semasa mesyuarat penuh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 27 Februari ketika beliau masih menjadi anggota majlis.

Amizudin mendakwa salah seorang daripada dua ahli politik kanan tersebut berkhidmat dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga berkata mempunyai keratan slip transaksi bank dan beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membuktikan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kedua-dua pemimpin berkenaan.

Beberapa sumber turut memberitahu SPRM telah memulakan siasatan mereka sejak dua minggu lalu bagi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan dua pemimpin berkenaan terlibat dengan aktiviti-aktiviti haram.

Tambah mereka lagi SPRM sedang mengumpul maklumat tentang dakwaan itu bagi memastikan kebenarannya sebelum siasatan penuh dijalankan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan sebagai berkata telah meminta Amizudin mengemukakan laporan kepada SPRM dan menyerahkan semua bukti yang berkaitan.

Bulan lalu Amizudin yang juga merupakan Pengerusi AMK Kepala Batas berkata beliau telah membuktikan seorang daripada pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dengan salah seorang individu yang menjadi buruan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain