suria

PAS Perak akui senarai empat calon

TAIPING: PAS Perak malam tadi telah memperakui senarai empat calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Keempat-empat nama itu akan diputuskan oleh PAS pusat minggu depan dan diumumkan 26 Mac.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, jawatankuasa pusat akan memilih calon mereka pada 23 Mac.

"Negeri telah memperakui empat nama dan ia akan dipanjangkan dalam waktu terdekat," katanya ketika dihubungi.

Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat minggu depan iaitu enam hari sebelum hari penamaan calon.

Menurutnya Presiden PAS Daruk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa anggota jawatankuasa pusat kini berada di luar negara.

Semalam Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi menolak namanya daripada dicalonkan.

PAS turut menolak andaian bahawa langkah awal Umno dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon mereka kelmarin memberi tekanan kepada mereka.

BN mengumumkan Ismail Saffian iaitu bekas Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang sebagai calonnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain