suria

Polis belum kenal pasti suspek kes bakar, bunuh

KUALA LUMPUR: Polis masih belum menemui sebarang petanda atau suspek yang terlibat berhubung penemuan mayat separuh rentung di Jalan Orkid berhampiran Kelab Golf Serendah, Serendah, petang semlam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi Bernama berkata polis kini dalam usaha menjejaki suspek termasuk mendapatkan maklumat daripada orang ramai yang menemui mayat itu.

Katanya, bedah siasat mayat tanpa identiti dan tidak diketahui jantinanya itu akan dilakukan hari ini di Hospital Kuala Kubu Baharu.

Semalam, satu mayat ditemui dengan kesan terbakar dari bahagian kepala ke paras pahanya oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Polis tidak menjumpai sebarang kesan bahan bakar atau senjata di tempat kejadian.

"Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau saksi kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641222," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain