suria

Datuk S.Ganesan calon BN Bukit Selambau

SUNGAI PETANI Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Sungai Petani hari ini.

Kerusi itu kosong selepas ADUN Parti Keadilan Rakyat, V. Arumugam yang juga Exco Kedah melepaskan jawatan awal bulan lalu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain