suria

Syarikat didakwa terima deposit secara haram

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengambilan deposit tanpa lesen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima deposit dipercayai mencecah lebih RM200 juta.

Mohd Azlan Azman, 32, seorang pengarah Sunshine Empire Sdn Bhd, meminta dibicarakan atas keduadua tuduhan tersebut bagi pihak syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Uncang Emas, Jalan Loke Yew, di sini, antara 14 Julai dan 17 Okt, 2006 dan di Bangunan KUb, Jalan Yap Kwan Seng, di sini antara 18 Okt dan 4 April, 2008.

Jika sabit kesalahan, syarikat itu menghadapi denda sehingga RM10 juta bagi setiap tuduhan mengikut Akta Bank & Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Pengawai Pendakwa Bank Negara Fahmi Abdul Moin manakala Amrit Pal Singh mewakili syarikat tersebut. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain