suria

Sistem kira undi digital pemilihan Umno ditolak

KUALA LUMPUR: Sistem pengiraan undi secara digital yang dicadangkan bagi pemilihan Umno hujung bulan ini ditolak oleh hampir kesemua wakil calon yang menghadiri sesi taklimat dan ujian sistem itu hari ini.

Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim berkata keputusan mengenai perkara itu bagaimanapun terletak pada Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita memberi satu peluang untuk wakilwakil calon membuat pemilihan dan lebih 90 peratus tidak bersetuju," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai proses pemilihan parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Husainay berkata pengiraan manual seperti tahuntahun lepas akan menyebabkan keputusan pemilihan lewat sedikit.

Beliau berkata wakil calon juga tidak mahu perwakilan tersalah memangkah atau memilih calon semasa mengundi, diberi peluang membetulkan kesalahan tersebut.

"Kalau salah, salahlah. Kehendak mereka ialah supaya kertaskertas undi dipaparkan, terutama undi yang rosak," katanya.

Beliau berkata Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsuddin Osman juga memutuskan untuk menerima dua simbol bagi memilih calon iaitu tanda pangkah dan tanda rait sebagai memenuhi permintaan wakil calon.

Husainay juga berkata kertas undi bagi pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno ke63 dari 24 hingga 28 Mac ini akan dicetak setelah ibu pejabat menerima senarai akhir calon yang mengesahkan akan bertanding.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya mengenai status Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Norza Zakaria yang hari ini didapakan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana menghadapi dua pertuduhan memberi rasuah.

Lebih 2,500 anggota perwakilan parti akan memilih 269 calon yang bertanding pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dan ketigatiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada pemilihan kali ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain