suria

Norza tidak lepas jawatan kerana tuduhan rasuah

KETUA Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria (tengah) diiringi peguamnya Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) dan sekumpulan penyokong beredar meninggalkan Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan pada pemilihan parti akhir bulan ini.--fotoBERNAMA

TEMERLOH: Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, kata Mohamad Norza, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Dua tuduhan rasuah itu didakwa dilakukannya pada 6.30 petang 20 Jan lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Sambil menitiskan air mata, Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas kesnya disebut di mahkamah, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.

Mohamad Norza yang ditenangkan oleh beberapa pengikutnya, berkata beliau akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain