suria

Lelaki hadapi 27 pertudhan miliki kad Bonuslink palsu

BUTTERWORTH: Seorang lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memiliki 27 keping kad Bonuslink yang mengandungi data yang dipalsukan seminggu lalu.

Ong Chin Peng, 30, dari Alor Setar, Kedah didakwa memiliki kad Bonuslink yang mengandungi data kad Shell dengan nombor siri yang berbeza milik beberapa buah syarikat yang dipalsukan pada 6 Mac.

Dia didakwa menurut Seksyen 467/474 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan itu di sebuah stesen minyak Shell di Seberang Jaya kira-kira pukul 11.30 malam pada hari berkenaan.

Ong mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu dan Hakim Amernudin Ahmad menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan menyemak kad berkenaan dengan syarikat terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Ahmad menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan kesalahan berkenaan adalah serius dan setelah rayuan dibuat oleh tertuduh, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kesemua 27 kes itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain