Tiada lagi pegawai kanan akan ditahan SPRM - Semasa | mStar

Tiada lagi pegawai kanan akan ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, tiada lagi pegawai kanan akan ditahan berhubung siasatan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek Kementerian Pelancongan.

Ahmad Said yang dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu selain meminta orang ramai dan pihak media tidak mempercayai khabar angin seperti itu kerana ia hanya akan mengganggu siasatan SPRM.

"Dah namanya khabar angin, tidak betul la tu... dan harap media serta orang awam tidak percaya mengenai perkara tersebut (akan tahan)," katanya.

Minggu lepas, dua pegawai Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said ditahan SPRM termasuk setiausaha politiknya yang bergelar Datuk sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Ketika ditahan, SPRM menemui RM70,000 dalam kereta setiausaha politik itu, dipercayai untuk diagihkan kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.

Diminta mengulas mengenai tindakan SPRM menyerbu pejabat kementerian dan menyoal siasat beberapa pegawai kementerian itu semalam, Ahmad Said berkata perkara itu (ambil keterangan) adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan.

Semalam, dua pegawai kanan menteri itu telah diambil keterangan kira-kira sejam oleh tiga pegawai SPRM yang datang ke pejabat kementerian tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11.30 pagi.

Kesemua mereka yang disoal siasat telah memberi kerjasama sepenuhnya termasuk mengemukakan segala dokumen yang dikehendaki. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain