suria

Kastam patah cubaan seludup dadah lebih RM500,000

LANGKAWI: Kastam Diraja Malaysia yakin dapat mematahkan cubaan penyeludupan ganja melalui perairan Langkawi apabila berjaya mengesan sebanyak 245 kilogram dadah jenis itu di perairan Pulau Tuba di sini pada awal pagi semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Md Hassim Pardi berkata, ganja yang bernilai RM588,000 itu ditemui dalam sebuah bot gentian kaca yang terbiar di kawasan peraiaran itu.

"Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota kastam unit pencegahan memeriksa sebuah bot yang terdampar di pantai Pulau Tuba pada pukul 2 pagi semalam dan menemui sebanyak 245 ketulan ganja mampat," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketulan itu dijumpai di tempat duduk serta injin yang tersembunyi dan tersimpan dalam beberapa beg plastik.

Beliau berkata kastam masih menjalankan siasatan dan percaya ganja itu dibawa dari negara jiran untuk pasaran tempatan. BERNAMA

Artikel Lain