suria

GALERI GAMBAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

BERANGKAT TIBA... Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika berangkat tiba pada majlis perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. Seri Paduka Baginda diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw(kanan).

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada adik Muhammad Haziq Samrat sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Turut hadir Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri). Adik Muhammad Haziq,14, merupakan kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari dari bahagian pinggang hingga ke bawah.

TAHNIAH... Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009, Prof Dr Sidek Baba (dua, kanan) seorang Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Univesiti Islam Antarabangsa (UIA) bergambar bersama penerima Anugerah Maulidur Rasul selepas majlis penganugerahan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. Antara penerima anugerah ialah (dari kiri) pelajar tahfiz Muhammad Ahmad Zahid, 12, Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Mohd Yunus Pathi Mohd, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman dan Pengarah Urusan Syarikat Nusantara Sdn Bhd, Mortadha Lau Abdullah. Turut menerima anugerah kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari bahagian pinggang ke bawah Adik Muhammad Haziq Samrat (duduk). Penerima Anugerah Perdana membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak manakala kelima-lima penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM22,000 dan plak.

SEBAHAGIAN daripada peserta perarakan mengaminkan doa ketika menyertai perarakan meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

KEMAS... Kontinjen daripada Agensi Nuklear Malaysia membawa sepanduk " Muhammad Pemimpin Terbilang Modenisasi Ummah Duniawi Ukhrawi"berarak melintasi Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka di sini sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ketika meyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 hari ini.

SEMANGAT... Peserta-peserta perarakan membawa sepanduk tema sambutan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" dan pelbagai sepanduk lain berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w ketika meyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

KONTIJEN Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa sepanduk ketika menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

ALTERNATIF... Sebahagian peserta terpaksa menjadikan sepanduk untuk berteduh dari hujan ketika meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

WALAUPUN hujan turun peserta ini tidak berganjak untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.

SEBANYAK 1430 buah motosikal menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini.

TURUT menghiburkan tetamu pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka hari ini ialah penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy.

Di Ipoh

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) meletakkan Al-Quran di atas rehal sebagai simbolik perasmian sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (kanan). Sambutan yang bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' dihadiri seramai 1,500 hadirin.

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah (kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat kepada Ahmad Shahimi Pandak Hassan (kanan) pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

TAHNIAH... (Dari, kiri) Tokoh Kelurga Mithali, Azizan Mohamed Desa, Tokoh Pegawai Masjid, Abdul Mokti Ayob, Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat Ahmad Shahimi Pandak Hassan dan Tokoh Guru Agama Dakwah Ali AC Din bergambar bersama anugerah yang diterima masing-masing pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Di Seremban

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tengah) dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kiri) mengetuai perarakan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri di Jalan Yam Tuan hari ini. Kira-kira 9,000 peserta yang terdiri daripada 62 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan mengelilingi bandar itu sambil membawa sepanduk dan berselawat.

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai perarakan sambutan Maulidul Rasul peringkat negeri berarak sambil membawa poster di Jalan Datuk Bandar Tunggal hari ini.

Artikel Lain