Bahasa Inggeris: Kajian dasar tidak akan dipercepat, tegas Hishammuddin - Semasa | mStar

Bahasa Inggeris: Kajian dasar tidak akan dipercepat, tegas Hishammuddin

PENJELASAN... Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ketika sidang media mengenai perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diadakan semalam di kediamannya hari ini. - fotoBERNAMA
PENJELASAN... Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ketika sidang media mengenai perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diadakan semalam di kediamannya hari ini. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI, 10 MALAM] KUALA LUMPUR: Kajian tentang keberkesanan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan dipercepatkan, sebaliknya akan mengikut jadual telah ditetapkan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kita ikut jadual macam biasa kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu," kata beliau pada sidang media khas di kediamannya di sini malam tadi.

Tambah Hishammuddin, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status PPSMI kerana hanya Jemaah Menteri yang akan membuat keputusan mengenainya.

"Ini bukan keputusan saya sebagai individu... kita kena tunggu Kabinet," kata beliau yang juga Ketua Pemuda Umno.

Hishammuddin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang meminta supaya keputusan berhubung isu PPSMI dibuat segera bagi mengelakkan tercetusnya isu yang lebih besar pada masa akan datang.

Abdullah berkata, kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanantekanan dan tindakan-tindakan NGO (Badan Bukan Kerajaan) akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," katanya.

Kira-kira 5,000 orang berarak membantah pelaksanaan PPSMI dari Masjid Negara ke Istana Negara petang semalam bagi menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Hishammuddin menjelaskan, kajian mengenainya masih berada di peringkat akhir Kementerian Pelajaran.

Tambah beliau, memorandum hasil kajian tersebut akan diserahkan kepada kementerian-kementerian berkaitan dalam tempoh terdekat.

"Kita tidak ada tarikh akhir bila ia akan diputuskan kerana selepas ini kementerian-kementerian-kementerian berkenaan akan memberi komen dan respons terhadap kajian itu.

"Selepas itu draf terakhir setelah kementerian-kementerian berkenaan kembalikan, barulah kita akan membentangkan kepada Jemaah Menteri," katanya.

DIDALANGI PEMBANGKANG

Hishammuddin berkata, kejadian semalam jelas didalangi oleh parti pembangkang.

Beliau menafikan apa yang berlaku melibatkan penyokong-penyokong Umno.

Sehubungan itu kata beliau, apa yang terjadi semalam ada hikmahnya kerana rakyat boleh menilai dan mengetahui siapakah "dalang di sebalik kejadian tersebut."

"Mereka sanggup menggunakan isu bahasa untuk kepentingan dan agenda politik peribadi.

"Heret isu bahasa ke jalan merupakan sesuatu yang memalukan," katanya.

Ditanya sama ada gesaan banyak pihak mengenai isu PPSMI sengaja ditimbulkan kerana beliau menghadapi pemilihan Umno hujung bulan ini, Hishammuddin memberitahu, pengalaman sebagai Ketua Pemuda selama 10 tahun sudah memberikan pengalamannya untuk bertahan.

"Rakyat dapat menilai keikhlasan saya... saya juga tidak faham mengapa mereka harus berdemontrasi kerana kalau kita sudah memutuskan apa jua keputusan pun, pelaksanaannya hanya akan dilaksanakan tahun depan, kita tidak boleh lakukan tahun ini," katanya lagi.

AGM Umno bincang PPSMI, MCA serah pada Kabinet Bantahan guna bahasa Inggeris sudah dipertimbang - Dompok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain