suria

Jalan sekitar ibu kota ditutup sempena Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup kepada lalu lintas sempena sambutan Maulidur Rasul esok.

Menurut kenyataan Polis Cawangan Trafik Kuala Lumpur hari ini, jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat mulai pukul 6 pagi sehingga acara sambutan itu selesai.

Jalan yang terbabit ialah Persimpangan Jalan Hishammuddin, Jalan Raja, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Gereja, Bulatan Datuk Onn, Jalan Lebuh Pasar Besar, Jalan Kasturi, Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Kinabalu, Jalan Mushi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Duta, Jalan Parlimen dan Dataran Merdeka.

Orang ramai dinasihati mematuhi papan tanda dan arahan polis semasa acara itu berlangsung serta menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain