suria

Sertai PAS atau Umno: Ibrahim Ali rela "menduda, bukan rujuk"

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali yang terus menerima desakan PAS agar menentukan pendirian sama ada mahu kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas ataupun menyertai Umno, hari ini memberi bayangan baru dengan menyatakan "pengundi akan menentukan" kedudukan beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, keputusan sama ada menyertai PAS atau Umno ataupun kekal sebagai wakil rakyat Bebas akan ditentukan bila tiba masa yang sesuai.

"Saya akan ambil kira pendapat penyokong-penyokong saya di Pasir Mas tentang kedudukan saya.

"Mungkin mereka akan mengundi untuk menentukan ke mana saya harus pergi," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, beliau lebih rela "menduda" daripada "rujuk" kembali kepada dua parti utama Melayu itu setelah keduadua parti "menceraikan" beliau dengan talak tiga yang amat menguris hatinya.

"PAS menceraikan saya dengan talak tiga barubaru ini apabila Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar saya secara terbuka untuk melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Pasir Mas yang Nik Abdul Aziz dakwa dimenanginya dengan sokongan PAS.

"Umno pula menidakkan saya sebagai pengerusi jawatankuasa sementara Umno negeri tanpa alasan yang konkrit," katanya

Ibrahim semalam didesak oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan supaya menyatakan pendirian muktamad kepada penyokong PAs yang memilih beliau sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Ibrahim yang bekas pemimpin Umno Kelantan menerima desakan dan gesaan sedemikian sejak tiga minggu yang lalu.

Malah pada 21 Februari lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Justeru hari ini Ibrahim menambah, beliau aneh dengan kenyataan terbaru pemimpin PAS yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada mahu sertai PAS ataupun Umno.

Ini kerana kata Ibrahim, beliau merupakan wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Kata Ibrahim, adalah sukar bagi beliau menyertai PAS kerana perjuangan parti itu sudah bercanggah dengan prinsip asal sejak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dasar-dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak secocok dengan pendirian saya keraan beberapa isu agama dan bangsa yang dimainkan mereka.

"Isu-isu yang dibawa dalam Pakatan Rakyat imi turut disokong oleh PAS... sebab itulah saya sukar untuk sertai PAS," kata beliau di sini hari ini.

Artikel Lain