suria

Syed Hamid nafi kerajaan abai rawatan Uthayakumar

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menafikan tuduhan beberapa pihak yang mendakwa kerajaan mengabaikan rawatan dan kesihatan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P. Uthayakumar.

Uthayakumar, 47, seorang peguam, sebaliknya telah menerima pemeriksaan kesihatan daripada doktor panel kerajaan dan Hospital Taiping sebanyak 42 kali, selain mendapat bekalan ubatubatan secara berkala, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Syed Hamid berkata Uthayakumar bagaimanapun enggan menerima rawatan yang dijadualkan berdasarkan rekod Pusat Tahanan Perlindungan (PTP) Kamunting, Taiping, malah ia telah menolak untuk menerima rawatan dan ubatubatan sebanyak 18 kali, termasuk rawatan yang telah diaturkan untuknya di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagi memastikan kesihatannya terkawal, pihak pusat tahanan perlindungan telah mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk menyediakan dan membekalkan diet yang bersesuaian merangkumi buahbuahan, sayur-sayuran dan lainlain untuk Uthayakumar, yang merupakan penasihat Undang-undang Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindaraf), badan bukan kerajaan yang telah diharamkan.

Syed Hamid juga menafikan dakwaan bahawa kaki Uthayakumar bengkak kerana tidak diberikan rawatan yang sempurna, di mana sebenarnya berdasarkan pemeriksaan doktor panel kaki kelingkingnya bengkak kerana tersepak batu, namun ia tidak serius.

Uthayakumar ditahan di bawah ISA pada 13 Dis 2007 selepas terlibat dalam demonstrasi di Kuala Lumpur pada 25 November serta mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap kerajaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain