suria

Polis tidak benarkan perhimpunan di depan istana diadakan

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan bertolak ansur dengan manamana pihak yang masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan di hadapan Istana Negara Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan manamana pihak yang menganjur dan melibatkan diri dalam perhimpunan tanpa permit yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Kita telah memberi amaran berkalikali sebelum ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penganjuran perhimpunan sebegini, namun masih ada segelintir penganjur yang berdegil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya polis telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan tersebut dengan menempatkan anggota polis di beberapa kawasan sekitar Istana.

"Kita tengok pada situasi yang akan berlaku pada hari itu dan mengambil tindakan jika keadaan di luar kawalan," katanya.

Semalam, Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hassan Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan di depan Istana Negara tetap akan diadakan walaupun tanpa permit polis. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain