suria

Pesawat terkeluar landasan di Bario, penumpang selamat

MIRI: Enam belas penumpang pesawat MASwings Twin Otter mengalami saat-saat cemas semalam apabila pesawat yang mereka naiki terkeluar dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang kecil Bario.

Tiada yang cedera dalam kejadian pada pukul 1 petang itu apabila dua juruterbang pesawat MH3434, yang berlepas dari sini, berjaya memberhentikan pesawat dengan selamat di atas rumput di tepi landasan itu.

Pengarah urusan MASwings Mohd Salleh Ahmad Tabrani dalam kenyataannya di sini hari ini berkata jurutera pesawat yang dihantar ke Bario mendapati pesawat itu tidak mengalami kerosakan.

Pesawat berkenaan diberi kebenaran berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 6.20 petang.

Kejadian itu menyebabkan empat penerbangan keduadua hala dari sini ke Lawas dan Marudi dibatal dan penumpang yang terjejas boleh meneruskan penerbangan ke destinasi mereka hari ini, kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain